Kalau kita perhatikan dipasaran sekarang terlalu banyak produk-produk kecantikan dikeluarkan. Dari jenama antarabangsa sampailah ke jenama tempatan. Walaubagaimanapun kesahihan mengenai bahan-bahan yang terkandung tidak mendapat kepastian.
Tidak ketinggalan juga produk -produk penjagaan kulit muka. Segala janji-janji yang pasti jugak dapat mengusik hati.. Walaupun ada bahan-bahan yang telah mendapat kelulusan dari KKM namun sesetengah pengusaha yang hanya mementingkan hasil jualan yang lumayan lansung tidak memikirkan kesan sampingan yang bakal dihadapi oleh pengguna. Ketaksuban untuk mendapatkan fast result adalah sangat merbahaya
Penggunaan bahan-bahan tersebut secara berlebihan dari yang kuantiti yang dibenarkan bakal mengundang gejala buruk pada kulit wajah.
Berhati-hatilah...sangat perlu kita sebagai pengguna memberi sedikit waktu untuk membuat kajian dan pemerhatian melalui bacaan atau menerusi pakar atau pengalaman para pengguna,
