Bismillah
Ada tak sahabat-sahabat yang muka jenis berminyak dan takut nak menggunakan face oil? Kalau fikir lojiknya, muka dah banyak minyak bila letak minyak lagilah berminyak kan?
Satu lagi perkara, kita akan nak selalu cuci atau basuh mula untuk menghilangkan minyak tersebut.
Realitinya jika kita terlalu kerap mencuci muka, muka akan kehilangan minyak dan menjadi kering. Secara otomatik badan kita akan mengeluarkan lebih banyak minyak. Bila minyak berlebihan maka senanglah bakteria membiak pori akan tersumbat dan terjadilah whiteheads dan blackheads.
Fakta menunjukkan bahawa ada beberapa jenis minyak jika dicampur atau diadun bersama dapat membantu mengimbangi paras minyak dikulit wajah. Menakjubkan.
Sebagai contoh jojoba oil. Minyak Jojoba sangat ringan, dan struktur molekul yang paling dekat dengan sebum semula jadi kita sendiri, kata doktor kosmetik dan GP Rabia Malik.
Minyak Jojoba juga adalah minyak pembawa (carrier oil) yang paling sesuai untuk kulit berminyak, kerana ia dapat mengurangkan/mengimbangi pengeluaran minyak semulajadi.
Essential Oil tidak dapat menembusi lapisan kulit yang lebih dalam jadi ianya perlu dicampur dengan carrier oil seperti minyak jojoba.
**
Essential Oil adalah pati minyak yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.
Carrier Oil pula adalah minyak asas yang digunakan untuk mencairkan concentrated oil/essential oil sebelum digunakan pada kulit agar mudah diserap dan dapat memaksimakan khasiatnya pada kulit kita.
Matlamat utama kita adalah untuk mengimbangi kadar pengeluaran minyak terutama diwajah kita serta kulit kekal lembab. Jadi jangan takut atau risau jika hendak menggunakan face oil dalam rutin harian kita.
Anda cuma perlu pandai memilih serta pandai menggunakannya, kena caranya anda pasti jatuh hati. Gabungan minyak-minyak yang terdapat didalam Mary Jardin Face Oil amat sesuai untuk kulit. Pengasas kita telah membuat kajian terperinci dan sangat berhati2 didalam proses penghasilan minyak ini.
Love your skin.
#maryjardin
#mjorianna
#simplylovely
#sl15ogos
#SLablossomingjourney


No comments:
Post a Comment